Pengalaman Umrah dan Haji Bertaraf Antarabangsa dengan Al Haramain Travel & Tours
Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd merupakan satu syarikat yang menguruskan perkhidmatan Umrah, Haji dan Pelancongan yang bertaraf antarabangsa berpusat di Malaysia dan telahpun berjaya menguruskan ribuan jemaah dan pengembara bagi perlaksanaan Umrah, Haji dan Pelancongan.
Misi
Memberi pengalaman bimbingan Haji dan Umrah yang terbaik serta mengikut sunnah Nabi saw
Menitikberatkan ziarah Nabi saw dengan penuh kecintaan
Mementingkan penyampaian ilmu dan kerohanian yang maksimum
Menawarkan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa dan profesional
Pakej yang ditawarkan berpatutan dan sesuai dengan kehendak pelanggan
Memberikan pengembaraan pelancongan yang mendekatkan diri pada Allah swt
Visi
Menjadi satu syarikat pengendali Umrah , Haji dan Pelancongan yang bertaraf antarabangsa
Mendapat tempat pertama sebagai travel agency yang paling dipercayai di Malaysia dan Global
Menjadi satu syarikat pelancongan yang bersistem profesional dan koperat
Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan berdasarkan cinta pada Nabi saw dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat bakal tetamu Allah bagi menunaikan Umrah atau Haji serta menziarahi Nabi saw pada asalnya, namun begitu syarikat juga tidak melepaskan peluang bagi membuka pelbagai lagi perkhidmatan yang lain seperti Umrah Ziarah dan Pelancongan ke seluruh dunia
Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Ustaz Abu Iman dan Puan Fatin, yang sudah berpengalaman menguruskan jemaah Umrah dan Pelancongan lebih dari 10 tahun
Dengan pengalaman Ustaz Abu Iman sebagai mutawwif dan pengurus ground di Makkah Madinah serta digabungkan pula pengalaman isteri beliau Puan Fatin dalam bidang marketing , sales dan pengurusan syarikat travel, Alhamdulillah syarikat Al Haramain Travel & Tours sekarang kini lebih dikenali ramai serta dapat memberikan perkhidmatan Pelancongan Umrah dan Ziarah yang terbaik.
Ustaz Abu Iman
Puan Fatin
Syarikat bermula pada tahun pertama dengan membawa serta memberi perkhidmatan untuk 300 orang pengembara Umrah dan Ziarah , tahun kedua 700 orang pengembara dan seterus nya sehingga kini syarikat berjaya membawa dan berkhidmat ribuan pengembara setiap tahun.
Kini Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd mempunyai 4 Pejabat iaitu pertama, Ibu Pejabat 3 tingkat di Bangi Sentral Selangor, kedua Pejabat pengurusan di Cyberjaya, ketiga cawangan di Kuantan dan keempat cawangan di Terengganu
Moga dengan perkembangan ini dapat membantu memudahkan lagi para pengembara untuk menggunakan perkhidmatan kami
Testimoni Pengguna
Umrah Ziarah Musim Sejuk
Gabungkan pengalaman rohani Umrah dengan lawatan sejarah di Turki, termasuk Masjid Biru, Hagia Sofia, dan Masjid Ulu.