Terma dan syarat

  1. Setiap pengembara perseorangan (pengembara perseorangan atau free independent traveller [FIT]) dan/atau pengembara berkumpulan (pengembara berkumpulan) yang ingin membuat langganan pakej umrah dan ziarah (Pelanggan) adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti TERMA DAN SYARAT: PAKEJ UMRAH & ZIARAH (Terma dan Syarat) ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan oleh Al Haramain Travel & Tour Sdn Bhd [202201001321 (1447018-H)] (Syarikat).
  2. Sebaik sahaja Pelanggan membayar wang pendahuluan (deposit) dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah & ziarah yang ditawarkan Syarikat, maka dengan itu Pelanggan telah terikat melalui kontrak dengan Syarikat dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat ini

1.0 wang pendahuluan (deposit)

1.1 Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Pembayaran deposit boleh dibuat oleh Pelanggan secara penuh sewaktu Pelanggan mendaftar dengan pihak Syarikat bagi langganan pakej umrah dan ziarah atau melalui kaedah seperti berikut:

1.1.1  RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) hendaklah dibayar oleh Pelanggan sewaktu Pelanggan mendaftar dengan pihak Syarikat bagi langganan  pakej umrah dan ziarah.

1.1.2  RM 700.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Sahaja) hendaklah dibayar oleh Pelanggan kepada Syarikat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pembayaran oleh Pelanggan seperti yang dinyatakan dalam fasal di atas.

1.2 Baki pembayaran setelah menolak deposit yang dinyatakan dalam fasal 1.1.1. dan 1.1.2. di atas wajib dibayar dalam peringkat seperti berikut :-

Peringkat
Peratus Pembayaran
Enam puluh (60) hari sebelum tarikh berlepas
50% dari baki deposit
Empat puluh lima (45) hari sebelum tarikh berlepas
50% dari baki deposit

1.3 Dalam situasi di mana tempahan dibuat kurang dari empat puluh lima (45) hari dari tarikh berlepas, pelanggan adalah wajib untuk membuat pembayaran harga penuh untuk pakej sebagai pengesahan.
(Nota : Kegagalan Pelanggan untuk mematuhi peringkat  pembayaran seperti yang dinyatakan di atas akan menyebabkan pembatalan dan perlucutan deposit)

2.0 caj pindaan

2.1 Apabila pengesahan telah dibuat, apa-apa perubahan yang ingin dibuat oleh Pelanggan kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) seorang bagi setiap perubahan oleh pengembara perseorangan dan RM 250.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Sahaja) seorang bagi setiap perubahan oleh pengembara berkumpulan.

2.2 Tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuat oleh Pelanggan melainkan seperti yang tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan adalah tertakluk kepada caj pembatalan seperti ditakrifkan dalam dasar pembatalan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.

2.3 Walaubagaimanapun, apa apa permintaan daripada mana mana Pelanggan untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya adalah tertakluk kepada syarat masing- masing Syarikat penerbangan.

3.0 caj pembatalan (pembatalan oleh pelanggan)

3.1 Tertakluk kepada caj pembatalan yang telah dinyatakan di fasal 3.0 tersebut, sebarang pembatalan tempahan oleh Pelanggan perlu diserahkan kepada Syarikat secara bertulis (notis bertulis awal perlu diberikan kepada Syarikat melalui notis serahan yang telah dipersetujui di fasal 20.0 berikut).

3.2  Bagi pakej pelancongan pengembara berkumpulan

3.2.1  Jika Syarikat menerima notis bertulis untuk membatalkan tempahan bagi pakej pelancongan berkumpulan empat puluh (45) hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) atau dua peratus (2%) daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) setiap seorang akan dikenakan. Jika notis pembatalan diterima empat puluh empat (44) hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai (rujuk Jadual 3.2.1(a) di bawah):

Pembatalan Diterima
Caj Pembatalan
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
Perlucutan deposit pelancongan
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
35% daripada tambang pelancongan
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
50% daripada tambang pelancongan
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
75% daripada tambang pelancongan
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas
100% daripada tambang pelancongan

Jadual 3.2.1(a)

3.3  Bagi pakej pelancongan pengembara perseorangan atau FIT

3.3.1  Jika Syarikat menerima notis bertulis untuk membatalkan tempahan bagi pakej pelancongan berkumpulan tiga puluh (30) hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) atau sepuluh peratus (10%) daripada deposit pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih rendah) setiap seorang akan dikenakan. Jika notis pembatalan diterima dua puluh sembilan (29) hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai (rujuk Jadual 3.3.1(a) di bawah):

Pembatalan Diterima
Caj Pembatalan
15-29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
50% daripada deposit pelancongan
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
20% daripada tambang pelancongan
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
40% daripada tambang pelancongan
2 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
100% daripada tambang pelancongan

Jadual 3.3.1(a)

3.4 Pada setiap masa yang material, dasar pembatalan bagi setiap syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.1, fasal 3.3.1, jadual 3.2.1(a) dan jadual 3.3.1(a) di atas (Catatan: Tiket 4 kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko  Pelanggan sendiri. Dalam apa jua keadaan, Pelanggan bersetuju bahawa Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung oleh Pelanggan)

3.5  Lain-lain caj tambahan yang perlu ditanggung oleh Pelanggan (jika perlu) adalah seperti berikut:

3.5.1. Bayaran visa penuh sekiranya permohonan dan bayaran visa telah dibuat (caj bergantung pada harga penuh dan lain-lain kos berkenaan permohonan visa).

3.5.2. Bayaran RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) dikenakan sekiranya beg dan buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna (bagi yang menolak beg setelah pembelian).

3.5.3. Pelucutan deposit RM 800.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Sahaja) sekiranya bayaran deposit tempahan tiket telah dilakukan (bergantung kepada tarikh sektor ketetapan penerbangan).

4.0 pembatalan oleh syarikat

4.1  Syarikat berhak membatalkan pakej yang ditawarkan jika berlaku sesuatu keadaan yang melampaui dan di luar kawalan yang munasabah seperti dan tidak terhad kepada bencana alam, keadaan cuaca melampau, kebakaran, pandemik, epidemik, perang, mogok, rusuhan, kekecohan awam, atau arahan Kerajaan Malaysia dan/atau Kerajaan negara destinasi yang berada di luar kawalan Syarikat.

4.2  Tertakluk kepada fasal 4.1 di atas, Syarikat akan mengesyorkan pakej alternatif. Antara alternatif yang akan  ditawarkan oleh Syarikat adalah seperti dan tidak terhad kepada pakej ke destinasi yang sama atau destinasi lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pakej alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang 5 selepas ditolak fi pentadbiran sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) yang telah ditetapkan oleh Syarikat dan sebarang perkhidmatan oleh pihak ketiga yang telah dibayar oleh Syarikat.

4.3  Jika keadaan memerlukan Syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, Syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti berikut (rujuk Jadual 4.2 (a) di bawah):

Pembatalan Diterima
Caj Pembatalan
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM50.00
1-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM75.00
Pada hari berlepas
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM100.00

5.0 Butiran Pelanggan

5.1  Semasa penempahan pakej, semua butiran dan maklumat yang diberikan oleh Pelanggan kepada Syarikat adalah butiran dan maklumat yang akan digunapakai oleh Syarikat bagi menyempurnakan tempahan pakej Pelanggan.

5.2  Pelanggan dikehendaki menyemak semua butiran dan maklumat yang diberikan sebelum membuat bayaran deposit dan menandatangani persetujuan Terma dan Syarat ini bagi tempahan pakej dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua butiran dan maklumat yang diberi dianggap benar dan muktamad. Pada setiap masa material, Pelanggan tidak akan meletakkan tanggungjawab kepada Syarikat bagi sebarang kejadian, kesulitan dan/atau masalah yang timbul akibat daripada kesilapan butiran dan maklumat peribadi yang diberi Pelanggan.

5.3  Pelanggan bertanggungjawab untuk mengisytiharkan tahap kesihatan Pelanggan dengan tepat dan terperinci kepada Syarikat sebelum membuat tempahan. Syarikat berhak menolak tempahan Pelanggan sekiranya tahap kesihatan Pelanggan didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri Pelanggan atau anggota lain dalam kumpulan. Pelanggan dengan ini mengaku janji untuk melepaskan Syarikat sepenuhnya dan menanggung rugi pihak Syarikat dan memastikan Syarikat ditanggung sepenuhnya pada setiap masa terhadap semua tuntutan, prosiding, kos atau ganti rugi yang berbangkit akibat kegagalan atau kecuaian Pelanggan mematuhi
tanggungjawab yang dinyatakan dalam fasal 5.3 ini, sebagaimana yang diputuskan secara muktamad.

5.4  Sekiranya Pelanggan memerlukan bantuan disebabkan tahap kesihatan Pelanggan, maka Pelanggan diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu Pelanggan sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda atau ubat-ubatan Pelanggan. Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga Pelanggan secara peribadi dan sekiranya perlu, Syarikat berhak untuk mengenakan bayaran tambahan (penetapan bayaran tambahan adalah tertakluk secara penuh kepada pihak Syarikat) kepada Pelanggan untuk mengupah pihak ketiga bagi menjaga Pelanggan.

6.0 dokumen perjalanan

6.1  Adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan untuk menyediakan segala dokumen perjalanan (pasport dan dokumen perjalanan yang diiktiraf bagi tempoh sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal) yang diperlukan oleh pihak Syarikat, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa negara asal dan negara yang ingin dilawati bagi tujuan permohonan visa atau lain-lain tujuan perjalanan yang berkaitan.

6.2  Caj perkhidmatan dan fi visa adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan. Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang diperlukan oleh Pelanggan ditolak, Syarikat akan mengembalikan tambang selepas fi pentadbiran sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) yang ditetapkan oleh Syarikat telah ditolak.

6.3  Syarikat tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi apa- apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana Pelanggan tidak dibenarkan ke luar negara oleh pihak berkuasa negara asal dan/atau dibenarkan masuk atau dihantar pulang oleh pihak berkuasa, imigresen negara yang dilawati kerana memiliki barangan yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau tidak mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap atau sebab-sebab lain atau kelakuan dan aktiviti Pelanggan yang dianggap boleh mendatangkan keburukan oleh pihak berkuasa negara asal atau negara yang dilawati itu.

6.4  Pelanggan dengan ini mengaku janji untuk melepaskan Syarikat sepenuhnya dan menanggung rugi pihak Syarikat dan memastikan Syarikat ditanggung sepenuhnya pada setiap masa terhadap semua tuntutan, prosiding, kos atau ganti rugi yang berbangkit akibat kegagalan atau kecuaian Pelanggan mematuhi tanggungjawab yang dinyatakan dalam fasal 6.0 ini, sebagaimana yang diputuskan secara muktamad.

7.0 maklumat lawatan dan pakej

7.1  Harga semua pakej yang ditawarkan oleh Syarikat adalah mengikut nilai matawang Ringgit Malaysia (MYR) semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR yang sering berubah berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) dan Riyal Saudi (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, maka harga pakej yang ditawarkan oleh Syarikat juga boleh berubah mengikut kadar penukaran nilai matawang MYR semasa berbanding nilai matawang asing tersebut (perubahan harga pakej mengikut harga semasa).

7.2  Harga pakej juga adalah tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya.

7.3  Syarat tambahan bagi fasal 7.1 dan 7.2 di atas, Syarikat berhak untuk mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan kepada Pelanggan.

7.4  Tertakluk kepada fasal 7.1 sehingga 7.3 di atas, harga pakej adalah termasuk: –

7.4.1. Tiket kapal terbang pergi balik kelas ekonomi dari Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA Terminal 1)dan/atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2).

7.4.2  Penginapan hotel, berdasarkan: 4/5 orang sebilik, 3 orang sebilik, 2 orang sebilik atau bilik berseorangan (bergantung pada pakej pilihan Pelanggan dan perbezaan harga berdasarkan jenis bilik yang dipilih oleh Pelanggan).

7.4.3  Menguruskan permohonan Visa Umrah bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap (tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi).

7.4.4  Pengangkutan, makan dan minum, lawatan bersiar-siar dan perkara lain serta ibadah umrah sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan dan pakej yang ditawarkan (tertakluk kepada pindaan dan/atau perubahan dari masa ke masa).

7.4.5  Perlindungan Insurans Takaful berkelompok (umrah) bagi jemaah berumur 3 hingga 65 tahun pada hari penerbangan.

7.4.6  Wakil Syarikat (dari Malaysia) yang mengiringi dan Mutawwif/ Mutawwifah (di Madinah & Mekah) untuk membimbing jemaah bagi mengerjakan umrah dan lawatan.

7.4.7  Beg travel, beg sandang, beg kasut, buku & kursus panduan umrah, 5 liter air zam-zam (*Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Mekah dan/atau Madinah ke Malaysia).

7.5  Harga pakej adalah tidak termasuk

7.5.1  Semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai terpakai.

7.5.2  Perkhidmatan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.

7.5.3  Bayaran lebihan timbangan bagasi.

7.5.4  Tiket penerbangan domestik atau pengangkutan darat dari negeri tempat tinggal Pelanggan ke KLIA Terminal 1/KLIA Terminal 2.

7.5.5  Proses mengendors dokumen permohonan di jabatan pendaftaran dokumen (JPN/Jabatan Agama/ dan mana mana jabatan dan/atau pihak berkuasa yang berkenaan) dan Kementerian Luar Wisma Putra.

7.5.6  Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.

7.5.7   Dobi, Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim, lawatan yang tidak termasuk dalam jadual perjalanan yang ditawarkan oleh Syarikat dan/atau berbentuk pilihan, perbelanjaan peribadi, kad sim telefon, dan semua perkara dan/atau perbelanjaan persendirian.

7.5.8  Penggantian bagasi/ barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan sepanjang berada di Mekah dan Madinah (Jemaah perlu menjaga beg dan barangan peribadi masing-masing semasa di dalam perjalanan dan di Mekah dan Madinah).

7.5.9  Makan minum semasa transit melainkan yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

7.5.10  Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.

7.5.11  Insurans bagi bagasi Pelanggan melainkan perlindungan Insurans yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan (jika terpakai).

7.5.12  Sebarang caj penghantaran atau pengeposan kepada Pelanggan semasa berada di Mekah dan Madinah.

8.0 perkhidmatan yang tidak digunakan

8.1  Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana- mana Pelanggan berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain termasuk dalam tambang yang tidak digunakan oleh Pelanggan atas sebab peribadi.

9.0 bagasi

9.1  Syarikat penerbangan akan membuat peruntukan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnyaadalah tertakluk dan berbeza antara satu syarikat penerbangan dengan yang lain dan/atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Syarikat akan memaklumkan kepada Pelanggan tentang syarat berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan untuk membayar cas bagasi sekiranya berlaku lebihan timbangan bagasi oleh Pelanggan. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa dalam tempoh perjalanan termasuk dimana- mana lokasi yang dilawati. Sebarang pertukaran set bagasi yang diterima adalah dalam tempoh 3 hari
bekerja (jika perlu) dan kos pertukaran perlu ditanggung oleh Pelanggan.

10.0 hotel & penginapan

10.1  Hotel penginapan adalah berdasarkan: 4/5 orang sebilik, 3 orang sebilik, 2 orang sebilik atau bilik secara berseorangan dan ia bergantung pada pakej pilihan Pelanggan dan harga pakej adalah berbeza bergantung kepada dasar bilik. Jarak dan taraf bintang hotel penginapan yang dilampirkan di dalam mana-mana iklan oleh Syarikat adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak hotel dan adalah bertujuan sekadar rujukan. Penarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Polisi mengenai waktu kemasukan (check-in) dan keluar (check-out) hotel penginapan adalah tertakluk kepada polisi hotel yang ditawarkan oleh Syarikat.

10.2  Syarikat berhak secara penuh mengubah hotel penginapan dari hotel penginapan yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan Syarikat kepada hotel penginapan yang lain di atas sebab-sebab yang antara lainnya dan tidak tertakluk kepada tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan pemakluman notis awal kepada Pelanggan sekurang-kurangnya dua belas (12) jam dari tarikh Pelanggan mendaftar masuk ke hotel.

10.3  Syarikat akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf dengan hotel penginapan awal. Pelanggan bersetuju bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya hotel gantian yang ditawarkan oleh Syarikat tidak mempunyai penarafan yang sama seperti hotel penginapan awal sekiranya penukaran hotel adalah berpunca daripada sebab yang dinyatakan di bawah fasal 10.2 di atas.

11.0 aturcara pakej

11.1  Walaupun Syarikat berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, namun Syarikat tidak memberi jaminan bahawa semua atur cara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej yang dipilih. Pelanggan bersetuju bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pelanggan tidak boleh menikmati semua atur cara berikutan masalah dan komplikasi peribadi Pelanggan.

11.2  Atur cara perjalanan pakej yang diberikan kepada Pelanggan adalah sekadar rujukan sahaja. Atur cara perjalanan yang sebenar mungkin tidak sama dalam urutan seperti yang dilampirkan kerana perubahan cuaca dan keadaan trafik semasa lawatan, juga kerana keadaan yang di luar kawalan Syarikat seperti tidak mendapat keizinan lawatan oleh pemerintah negara yang dilawati atau lain-lain sebab yang membuatkan jadual perjalanan mengalami perubahan. Syarikat akan memaklumkan kepada Pelanggan sekiranya ada apa-apa perubahan berlaku di dalam atur cara perjalanan. 

11.3  Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatanbersiar-siar, penginapan hotel dan laluan perjalanan diubah oleh Syarikat. Jika ini berlaku, Syarikat akan membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

11.4  Pelanggan bersetuju bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pelanggan tidak boleh menikmati semua atur cara berpunca daripada sebab yang dinyatakan di bawah fasal 11.2 dan 11.3 di atas.

12.0 insurans perjalanan

12.1  Perlindungan Insurans Takaful berkelompok (umrah) bagi jemaah berumur 3 hingga 65 tahun pada hari penerbangan adalah termasuk di dalam pakej yang ditawarkan oleh Syarikat. Polisi insurans ini akan membayar pampasan bagi Kecederaan Tubuh Badan akibat Kemalangan, yang mana kecederaan ini sepenuhnya dan bebas dari apa-apa sebab lain yang mengakibatkan Pelanggan mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan Pelanggan

Faedah-faedah
Amaun Perlindungan
Kematian Secara Tidak Sengaja (Accidental Death) / Hilang Keupayaan Kekal Menyeluruh (Total Permanent Disablement)
RM 20,000.00
Perbelanjaan Perubatan (Medical Expenses)
RM 2,000.00
Perbelanjaan Langsung Kematian (Immediate Death Expenses)
RM 1,000.00
Perlindungan Bagasi (Baggage Cover)
RM 2,000.00 (dengan had RM 400.00 setiap item)
Pembatalan atau Pemendekkan Perjalanan (Cancellation or Curtailment)
RM 2,000.00
Liabiliti Diri (Personal Liability)
RM 100,000.00
Faedah-faedah Hospitalisasi (Hospitalisation Benefits)
RM 5,000.00

** Polisi insuran ini tidak melindungi Pelanggan dari sakit/sakit sedia ada, kehilangan wang/ dokumen perjalanan diri, pemindahan perubatan/penghanta an jenazah, kelewatan perjalanan.
** Tuntutan dan syarat-syarat serta peraturan lain adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dan sebagaimana dikehendaki oleh  Syarikat Insurans

12.2  Syarikat sangat menggalakkan Pelanggan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan bagi mendapatkan perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Pelanggan boleh merujuk kepada Syarikat berkenaan jenis polisi insurans tambahan yang boleh ditawarkan.

12.3  Bagi Pelanggan yang tidak dilindungi Insurans Takaful berkelompok (umrah) iaitu bagi jemaah berumur bawah tiga (3) tahun dan atas enam puluh lima (65) tahun, Pelanggan adalah di wajibkan untuk mengambil insurans perjalanan pilihan yang ditawarkan oleh pihak Syarikat dengan tambahan bayaran yang ditanggung oleh Pelanggan. 

12.4  Sekiranya Pelanggan memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan pilihan, Pelanggan Pelanggan perlu melampirkan notis bertulis dengan nyatakan sebab-sebab yang jelas tidak mengambil insurans perjalanan pilihan yang ditawarkan Syarikat bagi mengelakkan sebarang pertikaian.

12.5  Melainkan kecederaan tersebut adalah disebabkan sepenuhnya oleh pihak Syarikat, Pelanggan dengan ini mengaku janji untuk melepaskan Syarikat secara sepenuhnya dan menanggung rugi Syarikat dan memastikan Syarikat ditanggung sepenuhnya pada setiap masa terhadap semua tuntutan, prosiding, kos atau ganti rugi yang berbangkit akibat kecederaan dan/atau kehilangan upaya yang dialami oleh Pelanggan yang melebihi dan/atau yang tidak termasuk dalam kadar perlindungan insurans.

13.0 hak syarikat menolak tempahan

13.1  Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat oleh Pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan Pelanggan Pelanggan sebagai anggota pelancongan sekiranya Pelanggan Pelanggan didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam kumpulan pelancongan itu.

13.2  Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana Pelanggan menyertai kumpulan pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian, tanggungjawab Syarikat adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada Pelanggan wang yang telah dibayar setelah ditolak jumlah bayaran perkhidmatan yang telah digunakan, dan fi perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh Syarikat.

14.0 tanggungjawab syarikat

14.1  Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukan dalam brosur Syarikat. Syarikat akan membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Pesuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur Terma dan Syarat ini.

14.2  Pelanggan dengan ini mengaku janji untuk melepaskan Syarikat sepenuhnya dan menanggung rugi Syarikat serta memastikan Syarikat ditanggung sepenuhnya pada setiap masa terhadap semua tuntutan, prosiding, kos atau ganti rugi yang berbangkit akibat kegagalan atau kecuaian mana-mana pihak memenuhi tanggungjawab yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini termasuk dan tidak terhad kepada kegagalan atau kecuaian pihak hotel, pembawa dan pihak penyedia perkhidmatan luar di negara yang dilawati.

14.3  Melainkan yang dinyatakan sebaliknya, Syarikat tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan (termasuk tuntutan daripada pihak ketiga) untuk sebarang ganti rugi berbangkit, bersampingan, tidak langsung, punitif atau khas, termasuk kerugian komersial dan kehilangan keuntungan, walau bagaimanapun disebabkan yang secara langsung atau tidak langsung yang timbul di bawah Terma dan Syarat ini.

15.0 pemilikan harta intelek

15.1  Semua tajuk dan Hak Harta Intelek pihak Syarikat termasuk dan tidak terhad kepada logo dan/atau kenyataan yang dimiliki oleh pihak Syarikat (“Hak Harta Intelek”) hendaklah pada setiap masa menjadi hak mutlak Syarikat dan fasal ini hendaklah terus hidup tanpa henti.

15.2  Pelanggan bersetuju bahawa Pelanggan tidak boleh menggunakan mana- mana logo, nama, penerangan dan/atau penyata Syarikat, bagi apa tujuan sekalipun tanpa kebenaran pihak Syarikat.

15.3  Pada setiap masa yang material, Pelanggan bersetuju untuk direkodkan dan membenarkan Syarikat terhadap hak penggambaran fotografi dan video yang berkaitan dengan aktiviti dalam pakej umrah & ziarah tersebut. Pelanggan bersetuju dan membenarkan hak penuh untuk Syarikat menggunakan rakaman fotografi dan video yang terhasil daripada penggambaran oleh pihak Syarikat, dan sebarang pengeluaran semula untuk kegunaan Syarikat.

16.0 Kerahsian dan pendedahan maklumat

16.1  Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Pelanggan tidak boleh, tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat, membuat pendedahan awam atau mendedahkan kepada mana-mana orang, sebarang maklumat sulit yang didedahkan oleh Syarikat dan/atau berkenaan Syarikat termasuk Terma dan Syarat ini. Fasal 16.0 ini akan terus wujud tanpa henti.

17.0 cara pembayaran

17.1  Setiap pembayaran sama ada wang pendahuluan (deposit) atau baki bayaran pakej atau bayaran tambahan lain-lain perlulah di bayar terus ke dalam akaun Syarikat:

Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
Nama Pemegang Akaun : AL HARAMAIN TRAVEL AND TOUR SDN BHD
No. Akaun : 5622 6357 9303

17.2  Salinan slip bayaran perlu di berikan kepada Syarikat dan seterusnya Syarikat akan mengeluarkan resit/ invoice bayaran selepas pengesahan bayaran dengan pihak bank diperolehi.

17.3  Pelanggan perlu membayar terus ke akaun Syarikat seperti dinyatakan dan tidak sesekali membuat mana-mana bayaran sama ada wang pendahuluan (deposit) atau baki bayaran pakejatau bayaran tambahan lain-lain kepada Pegawai Pemasaran (Ejen) lantikan Syarikat. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pelanggan membuat sebarang bayaran ke mana-manaakaun lain selain daripada akaun Syarikat yang dinyatakan.

17.4  Sekiranya Pelanggan membuat bayaran menggunakan draf bank atau cek persendirian, Syarikat berhak menahan penempahan pakej dan resit/ invois pengesahan bayaran sehingga penunaian bayaran selesai. Syarikat juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya pakej yang ditempah Pelanggan habis dijual berikutan kelewatan penunaian bayaran Pelanggan yang dibuat melalui draf bank atau cek persendirian.

17.5  Syarikat juga berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian atau draf bank sekiranya pembayaran yang dibuat Pelanggan adalah hampir dengan tarikh penerbangan dan memerlukan bayaran segera. 

18.0 Pegubahsuaian, perubahan & pindaan

18.1  Pihak Syarikat mempunyai hak untuk membuat sebarang pengubahsuaian, perubahan dan/atau pindaan terhadap mana-mana fasal di bawah Terma dan Syarat ini tanpa persetujuan bertulis dari pihak Pelanggan.

19.0 kebolehasingan

19.1  Jika mana-mana peruntukan di dalam Terma dan Syarat ini atau sebahagiannya menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang, kesahihan, pengesahan, dan penguatkuasaan, peruntukan yang tinggal tidak akan terjejas atau terkurang.

19.2  Walau apa pun peruntukan yang terdahulu, Pelanggan dan Syarikat dengan serta-merta hendaklah berunding atas dasar suci hati berkenaan Terma dan Syarat suatu peruntukan untuk menggantikan peruntukan yang didapati tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan.

20.0 notis

20.1  Sebarang notis, kenyataan, tuntutan atau komunikasi yang perlu diberikan di bawah Terma dan Syarat ini mestilah secara bertulis dan mestilah disampaikan kepada Syarikat secara kendiri atau dihantar melalui pos berdaftar atau e-mel kepada alamat (atau alamat lain yang diberikan notis oleh Syarikat selaras dengan fasal ini) seperti yang dinyatakan di bawah.

Untuk Syarikat:

Nama : AL HARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN BHD
KPK/LN : 10507
202201001321 (1447018-H)

Alamat : 5-15-02 ( TINGKAT 1 ) 5-15-03 ( TINGKAT 2 ) , JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A, BANGI SENTRAL, 43650, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Telefon : 03-89229474

E-mel : legaldepartment.alharamain@gmail.com

21.0 pentadbiran undang-undang

21.1  Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia.

21.2  Pihak Pelanggan dan Syarikat memahami dan akur bahawa Perjanjian ini adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan juga semua akta-akta dan undang-undang yang berkaitan.

22.0 Penyelesaian pertikaian

22.1  Pelanggan dan Syarikat hendaklah, dengan niat baik, cuba untuk menyelesaikan secara baik apa-apa pertikaian atau perbezaan yang timbul daripada atau berkaitan Terma dan Syarat ini dalam tempoh tiga puluh (30) hari (atau mana-mana tempoh yang dirasakan sesuai oleh Syarikat) selepas notis pertikaian atau perbezaan diterima oleh pihak yang satu lagi.

22.2  Sekiranya Pelanggan dan Syarikat gagal menyelesaikan pertikaian dan atau perbezaan seperti fasal di 22.1 di atas, pertikaian atau perbezaan tersebut itu hendaklah diselesaikan melalui Mahkamah Malaysia.

22.3  Pelanggan dan Syarikat bersetuju bahawa kos bagi mematuhi fasal ini akan ditanggung secara sendiri dan berasingan oleh pihak Pelanggan dan Syarikat.

22.4  Pada setiap masa yang material, Pelanggan bersetuju bahawa Pelanggan adalah terikat dengan tanggungjawab kerahsiaan dan tidak akan menyebarkan sebarang maklumat berkenaan Syarikat dan atau Terma dan Syarat ini ketika Pelanggan dan Syarikat berada di dalam proses penyelesaian pertikaian seperti yang dinyatakan di atas.

23.0 Hubungan antara pelanggan dan syarikat

23.1  Tiada apa-apa jua dalam Terma dan Syarat ini disifatkan sebagai mewujudkan kerjasama antara Pelanggan dan Syarikat. Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini bertujuan untuk mewujudkan (atau akan ditafsirkan sebagai mewujudkan) pengaturan eksklusif antara Pelanggan dan Syarikat. Pihak Syarikat tidak boleh dihalang daripada membuat kontrak atau sebaliknya sebarang bentuk atau cara transaksi dengan mana-mana pihak ketiga.

24.0 data peribadi

24.1  Dengan memberikan data peribadi Pelanggan kepada Syarikat, Pelanggan dengan ini membenarkan Syarikat menggunakan data tersebut untuk tujuan pemasaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti promosi, pengiklanan dan kempen pemasaran langsung. Data peribadi yang dikumpul boleh digunakan untuk menghantar maklumat kepada Pelanggan tentang produk, perkhidmatan, tawaran istimewa dan komunikasi pemasaran oleh Syarikat.

24.2  Syarikat mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk tujuan seperti, tetapi tidak terhad kepada, penyimpanan data, sokongan IT, pemprosesan pembayaran, perincian analitik, pemasaran dan sokongan pelanggan. Syarikat akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga yang terlibat untuk pemprosesan data mematuhi langkah perlindungan dan keselamatan data yang ketat. Kontrak dengan pihak ketiga termasuk peruntukan untuk melindungi kerahsiaan dan integriti data peribadi Pelanggan.

25.0 Keseluruhan perjanjian

25.1  Segala terma serta dokumen yang berkenaan dengan Terma dan Syarat ini telah dipersetujui di antara Pelanggan dan Syarikat kepada perkara yang tertakluk dalam Terma dan Syarat ini dan menggantikan semua perjanjian sebelumnya (jika ada) antara Pelanggan dan Syarikat berkenaan perkara ini, sama ada bertulis atau lisan.

25.2  Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa Terma dan Syarat ini dan dokumen berkenaan kepada Terma dan Syarat ini dan apa-apa tambahan atau pindaan kepadanya hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.

26.0 Ketidakseragaman

26.1. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Malaysia dengan versi Bahasa Inggeris dalam Terma dan Syarat ini, maka versi Bahasa Malaysia akan mengatasi versi Bahasa Inggeris.

“Menyantuni Jemaah Kemuliaan Kami”