Program-program dari Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd

Kami mengadakan program seperti Sambutan Hari Keluarga, jamuan makan malam, dan menyertai event pelancongan seperti MATTA Fair. Kami komited memberikan perkhidmatan terbaik dan pengalaman bermakna.

Travel Mania Event

Tarikh: 24 - 28 Julai 2024

Dari 24 hingga 28 Julai 2024, Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd akan mengambil bahagian dalam acara Travel Mania di IOI Mall Putrajaya. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan pelbagai pakej percutian menarik dan menawarkan promosi eksklusif kepada pengunjung. Selain itu, Travel Mania juga memberikan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, menjawab pertanyaan mereka, dan menyediakan maklumat terperinci mengenai destinasi-destinasi pelancongan yang ditawarkan.