Program-program dari Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd

Kami mengadakan program seperti Sambutan Hari Keluarga, jamuan makan malam, dan menyertai event pelancongan seperti MATTA Fair. Kami komited memberikan perkhidmatan terbaik dan pengalaman bermakna.

Al Haramain Umrah Consultant Training

16 Oktober 2024

Pada 16 Oktober 2024, Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd telah menganjurkan Latihan Perunding Umrah Al Haramain. Program ini menjadi platform penting untuk melatih dan membimbing para perunding umrah, selain memperkukuhkan hubungan antara syarikat dan para peserta. Acara ini juga memberi peluang untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua staf serta tenaga kerja yang telah berusaha keras demi kejayaan program ini.