Program-program dari Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd

Kami mengadakan program seperti Sambutan Hari Keluarga, jamuan makan malam, dan menyertai event pelancongan seperti MATTA Fair. Kami komited memberikan perkhidmatan terbaik dan pengalaman bermakna.

Matta Fair Kuala Lumpur

06 Sept - 08 Sept 2024

Dari 06 hingga 08 September 2024, Al Haramain Travel & Tours Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam MATTA Fair yang bertempat di MITEC, Kuala Lumpur. Acara ini menjadi platform penting untuk kami berinteraksi dengan pelanggan dan rakan niaga, selain memperkenalkan pelbagai pakej perjalanan menarik serta promosi eksklusif. Kehadiran kami di MATTA Fair ini juga memberi peluang untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua staf serta tenaga kerja yang telah berusaha keras demi kejayaan syarikat.