Umrah Jarak Dekat Plus Dubai
Detail
Mekah: 6 hari 5 malam (Breakfast)
Madinah: 5 hari 4 malam (Fullboard)
Taif: 1 malam (Fullboard)
Dubai: 1/2 hari (Fullboard)
Nota:
Peak season penambahan RM1,000 per pax
Semi peak penambahan RM500 per pax
Harga Pakej
Nama bilik | Harga |
---|---|
Bilik Berdua | RM 11,799 |
Bilik Bertiga | RM 11,199 |
Bilik Berempat | RM 10,499 |
Hotel Penginapan
Pakej Termasuk
Penerbangan Terus
Info Tambahan
HOT PAKEJ TERHAD
Sebulan 1 penerbangan sahaja
Penerbangan Terus
Percuma Set Kelengkapan Umrah
- Bagasi Kargo
- Bagasi Handcarry
- Beg Kasut
- Beg Silang
- Buku Panduan Umrah
- Botol Spray Wuduk
- Tasbih Digital
- Lanyard Jemaah
Tarikh pelepasan, sektor serta syarikat penerbangan, hotel penginapan, aturcara perjalanan dan harga pakej tertakluk kepada pindaan semasa tanpa notis
*Tarikh pelepasan, sektor serta syarikat penerbangan , hotel penginapan, aturcara perjalanan dan terma & syarat tertakluk kepada pindaan semasa tanpa notis
Promosi
*Maklumat di dalam laman web adalah berubah-ubah dan tertakluk kepada perubahan semasa.
*Pakej tertakluk kepada terma & syarat
*Gambar sekadar hiasan
Cadangan aturcara
Hari | Details | ||||
---|---|---|---|---|---|
Hari 1 | Kuala Lumpur - Dubai Berlepas dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi. Jemaah dikehendaki berada di lapangan terbang KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas. Jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada waktu yang ditetapkan Jemaah akan disambut oleh wakil Al-Haramain untuk meneruskan lawatan di Bandar Dubai Berhenti bergambar di Museum of the Future Berhenti bergambar di Burj Khalifa Melihat pemandangan The Fountain Show Membeli-belah di Dubai Mall Berhenti bergambar di Dubai Frame.( Sekiranya masa mengizinkan)
Kembali semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai untuk penerbangan ke Jeddah | ||||
Hari 2 | Dubai - Jeddah - Taif Jemaah akan disambut oleh wakil kami (Pegawai Al Haramain) dan dibawa terus ke hotel di Taif (check in Hotel) dengan menaiki bus berhawa dingin | ||||
Hari 3 | Taif - Ziarah Taif - Mekah Selepas sarapan pagi, jemaah akan check out dari hotel Jemaah akan dibawa untuk lawatan sekitar kota Taif. Jemaah akan dibawa untuk menziarahi Masjid Abdullah Ibnu Abbas, Ladang Addas, Masjid Ku', Ladang/Kilang Ros (Makan Nasi Mandi Famous Taif) Selepas Asar , jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bus. Jemaah akan singgah di Masjid Qarnul Manazil untuk bermiqat Setibanya di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk (check in). Setelah berehat seketika jemaah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah umrah (dipimpin oleh mutawif (Umrah pertama) Bersedia memakai ihram untuk ibadah umrah (miqat di Qarnul Manazil) | ||||
Hari 4 | Mekah/ Ziarah sekitar Masjidil Haram(Ziarah Dalam) Jemaah dikehendaki berkumpul di lobi hotel untuk ke Masjidil Haram dan akan buat lawatan sekitar Masjidil Haram. (Ziarah Mahabbah)
| ||||
Hari 5 | Mekah / Hudaibiyah (Ziarah Luar & Umrah ke-2) Selepas sarapan, jemaah akan dibawa melawati Masjid Hudaibiyah dan Muzium Al Amoudi (bergantung kepada keadaan semasa). Jemaah yang ingin melaksankan ibadah Umrah boleh berpakaian Ihram, solat sunat Ihram dan berniat Ihram Umrah. Setiba di Masjidil Haram, Jemaah akan menyempurnakan ibadah umrah
(Umrah Kedua) Sila bawa ihram untuk ibadah umrah (miqat di Hudaibiyah) | ||||
Hari 6 | Mekah / Ziarah Ja'ranah (Ziarah Luar & Umrah ke-3) Selepas sarapan jemaah akan dibawa ziarah manasik haji Jemaah akan dibawa untuk menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, kawasan Mina dan seterusnya ke Masjid Ja'ranah. Di masjid Ja'ranah, jemaah yang ingin menunaikan umrah boleh berpakaian ihram dan berniat ihram umrah. Jemaah kemudiannya akan balik semula ke hotel dan akan singgah melalui Jabal Nur. Setibanya di Makkah, jemaah akan menyempurnakan ibadah umrah. (Umrah Ketiga) Sila bawa ihram untuk ibadah umrah(miqat di Ja'ranah) | ||||
Hari 7 | Mekah / Aktiviti Bebas Jemaah digalakkan ke Masjidil Haram melakukan ibadah sendiri & acara bebas. (Banyakkan beriktiqaf/solat sunat di masjid) Cadangan (XPDC pendakian Jabal Nur, Makan Nasi Unta dan lain-lain) dengan bayaran sendiri boleh berbincang dengan mutawwif. Taklimat Tawaf Wada' | ||||
Hari 8 | Mekah - Madinah Sebelum daftar keluar (check out) dari hotel jemaah dikehendaki mengeluarkan barang/bag dan meletakkannya di hadapan pintu bilik masing-masing (mengikut waktu yang ditetapkan oleh mutawif) sebelum melakukan Tawaf Wada'. Selepas solat zohor, jemaah akan berangkat ke Madinah menaiki High Speed Train. Setibanya di Madinah jemaah akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk (check in) | ||||
Hari 9 | Madinah (Ziarah Dalam) Jemaah dikehendaki berkumpul di lobi hotel untuk ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Makam Rasulullah dan Perkuburan Baqi'. Seterusnya jemaah akan dibawa ke dalam Raudhah. | ||||
Hari 10 | Madinah/Ziarah Sekita Kota Madinah (Ziarah Luar) Selepas sarapan pagi, Program lawatan di sekitar Kota Madinah - Masjid Quba'(Jemaah akan turun dari bas untuk ziarah dan solat sunat) Jabal Uhud, 70 Orang Syuhada' Uhud, Medan Khandaq, Masjid Qiblatain dan Ladang Kurma atau Pasar Kurma | ||||
Hari 11 | Madinah/Aktiviti Bebas Jemaah digalakkan ke Masjid Nabawi melakukan ibadah sendiri & acara bebas. ( Banyakkan beriktiqaf/ solat sunat di Masjid) | ||||
Hari 12 | Madinah - Madinah Airport - Kuala Lumpur Sebelum daftar keluar (check out) dari hotel jemaah dikehendaki mengeluarkan barang dan meletakkan barang di hadapan pintu hotel masing-masing (mengikut waktu yang ditetapkan oleh mutawif) Mutawif akan mengiringi jemaah dari Hotel ke Lapangan Terbang Madinah dengan menaiki bas dan waktu yang ditetapkan untuk berangkat pulang ke Malaysia (KLIA) | ||||
Hari 13 | Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Kuala Lumpur Jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Sepang pada waktu yang ditetapkan. Semoga mendapat umrah yang "MAQBUL".
*Madinah ke Mekah (5-6jam) |
terma dan syarat
- Setiap pengembara perseorangan (pengembara perseorangan atau free independent traveller [FIT]) dan/atau pengembara berkumpulan (pengembara berkumpulan) yang ingin membuat langganan pakej umrah dan ziarah (Pelanggan) adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti TERMA DAN SYARAT: PAKEJ UMRAH & ZIARAH (Terma dan Syarat) ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan oleh Al Haramain Travel & Tour Sdn Bhd [202201001321 (1447018-H)] (Syarikat).
- Sebaik sahaja Pelanggan membayar wang pendahuluan (deposit) dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah & ziarah yang ditawarkan Syarikat, maka dengan itu Pelanggan telah terikat melalui kontrak dengan Syarikat dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat ini
wang pendahuluan (deposit)
- Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Pembayaran deposit boleh dibuat oleh Pelanggan secara penuh sewaktu Pelanggan mendaftar dengan pihak Syarikat bagi langganan pakej umrah dan ziarah atau melalui kaedah seperti berikut:
- RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) hendaklah dibayar oleh Pelanggan sewaktu Pelanggan mendaftar dengan pihak Syarikat bagi langganan pakej umrah dan ziarah.
- RM 700.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Sahaja) hendaklah dibayar oleh Pelanggan kepada Syarikat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pembayaran oleh Pelanggan seperti yang dinyatakan dalam
fasal di atas.
- Baki pembayaran (bayaran penuh) hendaklah dijelaskan dalam masa empat belas (45) hari sebelum tarikh penerbangan. Kegagalan mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan dan perlucutan deposit.
lihat jadual tarikh penerbangan dibawah
Tarikh | Musim | Nota | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
2025 | ||||||
15 Apr – 27 Apr 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
29 Jun – 11 Jul 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
18 Jul – 30 Jul 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
22 Aug – 3 Sep 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
16 Sep – 28 Sep 2025 | Musim Semi Peak | Available | ||||
15 Oct – 27 Oct 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
18 Nov – 30 Nov 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
4 Dec – 16 Dec 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
22 Dec 2025 – 3 Jan 2026 | MUsim Peak | Available |
Tarikh | Musim | Nota | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
2025 | ||||||
15 Apr - 27 Apr 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
29 Jun - 11 Jul 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
18 Jul - 30 Jul 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
22 Aug - 3 Sep 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
16 Sep - 28 Sep 2025 | Musim Semi Peak | Available | ||||
15 Oct - 27 Oct 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
18 Nov - 30 Nov 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
4 Dec - 16 Dec 2025 | Musim Biasa | Available | ||||
22 Dec 2025 - 3 Jan 2026 | MUsim Peak | Available |